Wednesday, August 18, 2010

5 minit aje

ni tajuk halaqah sentuhan qalbu mlm td.

touching...sbb penceramah betul2 buat kita sedar bahawa gejala sosial yg sedang melanda dunia skang bermula dr kita ibu bapa.setiap hari sejak tahu ada janin membesar dlm perut n now growing in front of my eyes, sentiasa rasa xbsedia.ragu2 dengan amanah n tanggungjawab yang Allah beri walhal Allah tahu kita sudah bersedia.anak ini anugerah n pada masa yg sama...ujian.

the significant of 5 minit aje is we r always busy thinking about giving our children the best in their life.sbb tu kita kerja...kerja n kerja.selagi boleh part time, kita buat. kita nak bagi anak the best food that they can eat, the best clothes that they can wear n the best education so dat dah besar leh jd oang berjaya tp kdg2 kita lupa kenalkan dier pada Allah.kita lupa santapan rohani anak n kita mudah2 jer menswastakan tanggungjawab tersebut pd org gaji n pengasuh.

menitis air mata bila ustaz tu mula membayangkan keadaan di padang mahsyar.bila kala anak kita nak disumbatkan ke neraka, mereka mula menyalahkan kita - ibu n bapa krn tidak pernah sempat mengenalkan mereka dengan Allah.bertambah sedih apabila kita sendiri tidak mampu menyelamatkan diri kita n anak juga xbleh mambantu.

anak-anak ni nyawa n nafas kita.mereka bekalan doa kita , harta yang akan kita bawa dlm kubur.doa mereka yg soleh sahaja yg dpt menyelamatkan kita dari alam barzakh yang menakutkan.betul...sayer sendiri selalu berfikir mampu kah, dalam keadaan masyarakat sekarang, sayer hindarkan anak dr terdedah kepada gejala2 tersebut?saya hanya mampu berdoa, berusaha sedaya upaya agar Allah beri petunjuk pada kita semua agar kita dapat jadi ibu dan bapa yg dapat mendidik warisan kita ini dengan baik.yang lain ...terserah pada Allah.

walau sesibuk mana pon kita sebagai ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mencari nafkah untuk anak, mari lah kita sama2 berdoa agar kita juga punya waktu untuk mendidik anak2 agar mereka dekat dengan Allah sekaligus tidak goyah pada syaitan dan fatamorgana dunia.agar mereka tahu memilih mana yg baik n buruk semasa meningkat dewasa.menjadi anak yg mampu menyelamatkan kita di tititan sirat.agar mereka tidak menjadi hadiah bernilai yg mudah kita sia-siakan.

untuk anda n saya sendiri.

No comments: